Berniaga online melalui aplikasi GETMAKAN P147 untuk warga Parlimen Parit Sulong

0

Memetik perkongsian dari laman Facebook Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad mengwar-warkan mengenai aplikasi atas talian GETMAKAN P147 khususnya untuk warga Parit Sulong.

GETMAKAN P147KHAS untuk peniaga makanan Parlimen Parit Sulong sempena Ramadan 1441H!Jom masak dari rumah dan terima…

Dikirim oleh Dato' Dr. Noraini Ahmad pada Minggu, 26 April 2020

“Khas untuk peniaga makanan Parlimen Parit Sulong sempena Ramadan 1441H!

“Jom masak dari rumah dan terima tempahan online melalui GetMakan,” ujar beliau.

Menurutnya, pendaftaran GETMAKAN ini dibuka kepada kesemua para peniaga Parlimen Parit Sulong yang berminat untuk berniaga secara online melalui GetMakan secara percuma.

Kepada peniaga yang berminat, mereka boleh mula mendaftar di aplikasi ini melalui laman sesawang :

https://app.getmakan.com/

Antara kebaikan yang pada peniaga akan dapat melalui aplikasi GetMakan ini adalah:

1. Memudahkan peniaga dalam pengurusan dan tempahan secara online.

2. Memudahkan pengguna (pelanggan) membuat pilihan dan pesanan melalui GetMakan.

3. Memudahkan peniaga menganalisa jualan mingguan/bulanan.

4. Mempromosikan produk masing-masing kepada masyarakat setempat.

Namun ada beberapa syarat yang harus dipatuhi dan diikuti oleh para peniaga antaranya ialah berdaftar dengan PBT untuk kebenaran penghantaran makanan dan juga para penghantar makanan harus disahkan bebas dan selamat daripada sebarang jangkitan COVID19.

 

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply