Berkontak rapat dengan pemimpin UMNO positif COVID-19, Najib Razak dan Zahid Hamidi sahkan bebas COVID-19

0

Bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak bebas daripada jangkitan COVID-19 berdasarkan keputusan saringan yang diterima beliau hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, beliau turut memberitahu ini adalah kali ke-15 melakukan ujian saringan COVID-19.

“Negatif.

Rasanya ini kali ke-15 saya membuat saringan COVID.

Setiap kali hadir ke Dewan Rakyat, buat test.

Rentas negeri, dicucuk hidung lagi.

Ada kontak rapat yang disahkan positif COVID-19, test lagi.

Alhamdulillah. Ujian terbaru dibuat semalam juga negatif,” tulis beliau.

Dilaporkan sebelum ini beliau berkontak rapat dengan Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato’ Seri Tajuddin Abdul Rahman yang diuji positif COVID-19 semalam.

Terdahulu, Presiden UMNO, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi turut memaklumkan beliau disahkan negatif COVID-19 setelah menjalani saringan di Hospital Avisena, Shah Alam semalam.

Kedua-dua bekas pemimpin negara ini dilaporkan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO bahagian di Pejabat Presiden UMNO di Menara Dato Onn yang turut dihadiri oleh Dato’ Seri Tajuddin Abdul Rahman beberapa hari lalu.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply