Berita palsu COVID-19, 266 kertas siasatan dibuka

0

Sebanyak 266 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM & SKMM berhubung berita palsu yang berkaitan COVID-19 sehingga hari ini (28 Mei).

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu sebanyak 179 masih dlm siasatan.

Manakala 30 kes lagi telah didakwa di mahkamah, 11 kes diberikan notis amaran dan 18 mengaku bersalah.

Sebanyak 301 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu telah diperjelaskan kepada orang ramai oleh Pasukan Respon Pantas (PRP) KKMM yang ditubuhkan bagi membantu membendung penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19.

Beliau turut meminta agar orang ramai berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan berita yang diragui kesahihannya dan untuk memastikan berita yang diterima sama ada benar atau sebaliknya, orang ramai boleh melayari laman web www.sebenarnya.my atau terus berhubung di talian yang tertera.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply