Beri anak lihat proses membuang bulu kemaluannya, tindakan Daphne Iking dikecam netizen

0

Menjadi tular di kalangan warga Twitter apabila video yang dikatakan agak keterlaluan telah dimuat naik oleh pengacara TV, Daphne Iking di Instastory miliknya.

Tindakan Daphne berkongsi video ketika dia sedang melakukan Brazillian Wax atau dikenali sebagai proses membuang bulu kemaluan menjadi bualan netizen.

Menurut netizen, perbuatan peribadi sedemikian tidak wajar dipertontonkan kepada umum kerana ia melibatkan sesuatu perkara yang sangat sensitif.

“Macam pelik je publicize ig story macam tu. Sedangkan gambar tengah wax ketiak pun ada yang fetish. Gila betul orang zaman sekarang.”

Namun lebih menjadi tumpuan netizen ialah apabila servis itu dilakukan dengan disaksikan oleh anak perempuannya, Iman Daniella.

Tindakan itu dipertikai ramai apabila Daphne tanpa rasa segan silu menunjukkan kemaluannya kepada anaknya.

“Perempuan pun ada aurat antara perempuan weh euw”

“Daphnie ni mmg mental kot. Ade je benda pelik dia buat. I time lepas bersalin Nurse datang rumah. Nak check pepet pon. I halau anak i keluar tak bg tgk. Daphnie ooo daphnie. Pelik2 betol”

Dalam situasi sebegini walaupun anaknya itu berjantina sama tetapi ia masih perlu menjaga batas dan adab supaya perkembangan tumbesaran anak-anak itu terjaga.

“Anak dah besar mcm tu should ada batas kot”

Pengacara dan pelakon Daphne Iking menerima kecaman hebat setelah perbuatan berkenaan dikongsi oleh salah seorang pengguna Twitter @arxxxxmand semalam.

Leave a Reply