Bergerak dengan bantuan tongkat dan kerusi roda, Ustaz Kazim Elias mohon doa semua

0

“Mohon doakan”.

Demikian pinta penceramah bebas terkenal tanah air, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias yang kini terpaksa bergerak dengan menggunakan bantuan tongkat dan berkerusi roda.

Berkongsi klip video di platform Instagram peribadinya, nyata ramai pengikut terkejut dengan keadaan terkini dirinya itu.

Untuk rekod, pemilik nama Mohammad Kazim bin Elias berusia 49 tahun ini merupakan seorang penceramah bebas dan personaliti media Malaysia.

Berasal dari Kampung Paya, Batu Kurau, Mukim Selama, Perak, beliau menerima pendidikan di Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Masjid Negeri Perak.

Datuk Ustaz Kazim mula dikenali di kaca televisyen menerusi rancangan Forum Perdana Ehwal Islam, Kalau Dah Jodoh dan Tanyalah Ustaz. Pendekatan komedi dan santai berhubung topik kekeluargaan dan motivasi menarik minat ramai pendengar dari pelbagai latar belakang masyarakat.

Selain itu, beliau sering dijemput untuk memberi ceramah disekitar tanah air, Singapura dan juga Brunei serta pernah menjadi ahli panel dalam beberapa siaran televisyen dan radio utama nasional.

Pernah dimasukkan ke hospital pada 11 May dan 10 September tahun lalu, namun kurang jelas apakah punca atau penyakit yang menyerang beliau kali ini.

Kami warga kerja portal The Malaya Post mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan segera.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply