Berang tayar kereta dikunci di parkir OKU, pemuda bertindak ganas memukul pengawal keselamatan

0

Akibat bertindak mengunci tayar kereta yang meletak kenderaan di parkir khas Orang Kelainan Upaya (OKU), seorang pengawal keselamatan warga Nepal cedera dipukul oleh pemilik kenderaan itu.

Sebelum kejadian, mangsa membuat rondaan dan mendapati sebuah kereta jenama Honda Jazz meletak kenderaan di petak ruangan khas OKU di Jalan Gombak, Setapak.

Akur dengan tanggungjawab sebagaimana peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan, pengawal keselamatan berkenaan bertindak mengunci tayar kereta terbabit.

Selepas 30 minit kemudian, dua lelaki menghampirinya dan meminta untuk membuka kembali tayar kereta yang telah dikunci.

Namun mangsa meminta lelaki itu membayar denda terlebih dahulu di pejabat pengurusan tetapi mereka enggan berbuat demikian lalu cuba membuka kunci pada tayar kenderaannya.

Pengawal keselamatan terbabit cuba menghalang dan menegur dua lelaki itu tetapi salah seorang dari mereka memarahi dan menumbuk muka mangsa.

Lelaki berkenaan turut bertindak di luar jangkaan apabila memukul mangsa menggunakan kayu golf yang diambil di dalam bonet kereta.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada tangan dan telinga.

Melalui komen warga Twitter, dipercayai kedua-dua lelaki barkenaan telah ‘kantoi’ mencuri motosikal dan dalam ketakutan ingin melarikan diri dari dicekup.

Seperti dijangka, warganet pantas menjalankan tugas pencarian identiti kedua-dua lelaki terbabit dan paparan lesen memandu salah seorang dari mereka telah tural di media sosial.

Sehubungan itu, suspek yang dikenali sebagai Badrul Akmal kini telah ditahan polis atas kesalahan yang dilakukan.

 

Leave a Reply