“Benjy permata hati Azean” – Adam Salleh

0

Berita pemergian pelakon berbakat, Allahyarham Benjy ke Rahmatullah dua hari lalu, 11 Julai 2021, benar-benar meruntun hati ramai khususnya rakan-rakan artis, wartawan dan peminat-peminatnya.

Apa tidaknya pernah diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2002, Allahyarham akan dikenang bukan sahaja sebagai insan seni dengan bakat luar biasa, malah sahabat, abang dan adik yang sangat dikasihi.

Bagi bekas pengarang berita akhbar terbitan kumpulan Media Prima, Adam Salleh, beliau menyifatkan Allahyarham Benjy, permata hati ibunya, Allahyarhamah Seniwati Azean Irdawaty.

Menyingkap memorinya, menurut Adam Salleh, sewaktu kecil Benjy acapkali ditinggalkan di rumah ayah saudara beliau iaitu Raja Ismail Raja Saat dan Aspalela Abdullah di Kampung Baru, jika Allahyarhamah Azean terbabit dengan pengambaran.

Katanya pada era 90-an beliau seringkali bertembung dengan keluarga Allahyarhamah Azean apabila beraya di rumah Raja Ismail.

“Masih terbayang kelibat Benjy time kanak-kanak. Hujung 80-an ketika bekerja di majalah Kisah Cinta, syarikat terbit filem Perempuan dibintangi Benjy dan ibunya sendiri, Azean Irdawaty.

“Filem arahan pengarah tersohor Indonesia, Ida Faridah turut dibintangi Hisham Ahmad Tajuddin, Izzaidah Khairan, Melissa Saila, Zainol Mc Wilson. Banyak publisiti kutulis untuk filem ini, faham sahajalah filem boss (Harun Hassan). Namun kali pertama Benjy di pentas lakonan tetap dinanti.

“Sewaktu kecik Benjy acapkali ditinggalkan di rumah ayah saudaraku, Raja Ismail Raja Saat & Aspalela Abdullah di Kampung Baru, jika Azean ada shooting. Era 90-an seringkali bertembung dengan famili Azean bila beraya di rumah Raja Ismail. Ketika majlis kahwin Benjy di hotel, terharuĀ  Azean mintaku duduk di meja famili (sebelahnya)”, tulisnya di Facebook.

Tambahnya Benjy seorang pelakon berbakat besar dan sejak kecil hormatkan orang.

“Kes berlaku pada Benjy sehingga ditahan di Medan ramai terkejut kerana bagiku dia berbakat besar pelakon dan pengacara (Melayu & English) dan Benjy ini pula sejak kecil hormatkan orang”, tulisnya lagi.

Mengakhiri nukilannya, Adam Salleh turut berkongsi bait-bait lirik lagu bertajuk ‘Benjy’ nyanyian Allahyarhamah Seniwati Azean.

“Apa sahaja cercaan orang, Benjy permata hati Azean boleh dihayati melalui lagu di Benjy awal 80-an”, tulisnya.

šŸŽ¶ Sinaran matamu lahir harapanku
sentuhan tanganmu bererti bagiku
Senyum dan tawamu

Seluruh hidupku berbakti hanya untukmu
Oh Benjy
Kau ilham impianku, kaulah harapanku

šŸŽ¶Meskipun dunia memandangmu hina
bagiku engkau raja yang bertahtašŸŽ¶

Al-Fatihah buat Allahyarham Khaeryll Benjamin dan Allahyarhamah Seniwati Azean Irdawaty. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa dan menempatkan rohnya bersama orang-orang beriman šŸ¤² Al Fatihah…

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply