Ben Amir gembira terima anugerah pertama sebagai ‘Bintang Baru Nak Up’

0

Hampir tujuh tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, pelakon kacak Ben Amir akhirnya terima anugerah pertama.

Menerusi populariti drama Sweet Dreams gandingan bersama pelakon popular Mira Filzah membuatkan Ben Amir memenangi anugerah kategori Bintang Baru Nak Up.

Muhammad Amir bin Sabaruddin atau nama komersialnya Ben Amir turut berkongsi berita gembira itu bersama peminat ketika menghadiri Konsert Throwbaek 2019 baru-baru ini.

Tahniah kepada pelakon dan model, Ben Amir atas percapaian sulungnya dalam industri hiburan selama bergelar anak seni.

Semoga bintang kelahiran Kuala Lumpur ini semakin menempah kejayaan dalam dunia lakonan dan merangkul lebih banyak anugerah akan datang.

Leave a Reply