Ben Ali, Nadiyah Shahab diiktiraf antara individu paling berjaya di Malaysia

0

Pasangan selebriti yang kini bergelar usahawan, Ben Ali dan Nadiyah Shahab diiktiraf antara individu paling berjaya di Malaysia oleh sebuah syarikat penerbitan berpangkalan di United Kingdom, Britishpedia.

Dalam satu perkongsian di laman Instagram, Ben Ali berkata, “ianya merupakan satu penghargaan terbesar bagi kami berdua yang baru setahun jagung di dalam dunia keusahawanan.

“Masih banyak lagi yang perlu kami pelajari dan perbaiki.

“Penghargaan kecil ini sedikit sebanyak membuatkan kami lebih bersemangat untuk mendaki dan berbakti,” kongsinya.

Dalam jurnal pengiktirafan terbabit, Ben dan Nadiyah diletakkan sebaris dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes.

Antara tokoh lain yang diiktiraf ialah tokoh perbankan terkemuka negara, Tan Sri Azman Hashim dan aktres Datuk Michelle Yeoh.

Untuk rekod, Ben Ali mengusahakan perniagaan jenama Absolut Chocolat, Absolut Food Festivaala dan Absolut Management di bawah syarikat Absolut Brands Sdn. Bhd.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply