Belum ada SOP larang ibu bapa bawa anak ke pasaraya

0

Setakat ini belum ada SOP bagi pasaraya di bawah Akta 342 untuk menyekat atau menghalang orang ramai membawa anak masing-masing ke pusat membeli belah dan sebagainya.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa bagi memastikan kesihatan mereka terjamin.

Justeru, peranan ibu bapa sangat penting dan perlu bertindak bijak sama ada ianya selamat atau sebaliknya jika membawa anak-anak ke tempat tumpuan ramai ataupun ditempat awam.

“Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak kecil ketika berbelanja bagi mengelakkan daripada terdedah jangkitan COVID-19.

“Saya berharap ibu bapa sentiasalah mengamalkan etika kawalan kendiri atau disiplin diri supaya tidak membawa anak-anak ke tempat ramai,” kata beliau ketika ditemuramah petang tadi.

Namun, beliau berkata tidak mustahil kerajaan akan membuat peraturan baru di bawah Akta 342 membawa anak-anak ke tempat khalayak ramai sebagai perkara terlarang di dalam peraturan undang-undang.

Kerajaan akan membincangkan isu terbabit di dalam mesyuarat jika perkara ini masih berterusan dengan sikap ibu bapa yang tidak menghiraukan keselamatan anak-anak.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply