Bella Hadid buat tatu baru dalam tulisan Arab tanda hormat darah campuran Palestin

0

Supermodel terkenal Amerika Syarikat, Bella Hadid mencacah tatu baharu pada kedua-dua bahagian bahu kiri dan kanannya.

Menerusi laporan The News, foto Bella bersama tatu baharunya itu telah dikongsi oleh pencacah tatu selebriti, Dr. Woo menerusi laman Instagram peribadinya pada Ahad lalu.

Menurut Dr Woo, tatu yang dicacah pada tubuh Bella itu merupakan perkataan Arab yang membawa maksud “I love you” dan My Love”, dipercayai sebagai simbol tanda penghormatan kepada darah Palestin yang mengalir dalam tubuhnya.

 

Sementara itu, menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Dr. Woo meninggalkan respon positif dan memuji rekaan tatu berkenaan.

Kedua-dua perkataan Arab itu dicacah dalam reka bentuk sederhana tanpa sebarang motif atau corak tambahan.

Untuk rekod, Bella Hadid dilahirkan pada 9 Oktober 1996 di Washington, Amerika Syarikat.

Berketinggian 1.75 meter, Bella mempunyai tiga adik-beradik anak kepada pasangan Yolanda Hadid dan Mohamed Hadid.

Pemilik nama sebenar Isabella Khair Hadid ini mulai aktif dalam dunia permodelan pada tahun 2012.

Pada 2016, beliau terpilih sebagai “Model of the Year” dari Models.com.

Gadis berusia 24 tahun yang memiliki warna mata campuran biru hijau berjaya mengekalkan nama bersama kakaknya, Gigi Hadid dipersada permodelan sehingga ke hari ini.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply