Bella Astilah selamat lahir bayi perempuan

0

Bella Astillah yang juga isteri kepada penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz selamat melahirkan bayi perempuan setelah kandungannya mencecah 40 minggu.

Bella turut berkongsi swafoto pertama bersama anak yang dilahirkan tepat jam 6.10 pagi.

Malah menurutnya, tempoh melahirkan anak perempuannya ini mengambil masa yang agak lama, berbeza dengan kelahiran anak sulungnya yang terdahulu, Mohamad Ayden Adrean.

“Syukur Alhamdulillah, Bella dah selamat Bersalin. Thank you so much kepada yang sentiasa mendoakan Bella ????????
Yayy, it’s our first wefieee????????”, ujar Bella.

Walaubagaimanapun, suaminya Aliff Aziz tidak dapat menemaninya ketika proses kelahiran kerana kini penyanyi berkenaan berada di Singapura memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berjalan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply