BELANJAWAN 2021 : Bajet suara hati rakyat – Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu

0

Detik yang dinanti ramai kini kunjung tiba jua. Tepat jam 4.00 petang hari ini, Menteri Kewangan, Dato’ Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memikul tugas membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.

Umum mengetahui bajet pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang bersifat inklusif seperti kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah mengambil kira pandangan semua pihak termasuk wakil kerajaan mahupun pembangkang serta secara khususnya bajet suara rakyat.

Bagi Ahli Parlimen Tambun, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, beliau menyifatkan Belanjawan 2021 Kerajaan PN adalah belanjawan yang sangat baik berlandaskan keperluan rakyat.

“Ia membuktikan kerajaan mendengar suara rakyat dan rakyat bakal menerima manfaat seperti yang diharapkan.

“Sekarang adalah masa kepada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan intipati belanjawan ini,” ujar beliau.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak berkata amat penting bagi kerajaan memastikan setiap bantuan sampai kepada golongan sasar.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply