Belajar bersemuka hanya bagi pelajar duduki peperiksaan utama

0

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya akan melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Ini termasuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

Melalui hebahan media terkini, Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin berkata keputusan ini merujuk kepada pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan jumlah kes jangkitan COVID-19 pada 16 Januari 2021 dan trend kes yang semakin meningkat kebelakangan ini dan hasil dari perbincangan dengan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021,” ujar beliau.


*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply