Bekas Menteri Besar Terengganu meninggal dunia

0

Bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad, 88 tahun, meninggal dunia awal pagi tadi.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di ibu negara jam 6.20 pagi.

Berita pemergian dikongsi sendiri oleh anaknya, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar melalui laman Facebook miliknya.

Wan Abdul Hakim yang juga bekas Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Air Putih turut memberitahu jenazah akan disembahyangkan di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam selepas Zohor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam selepas itu.

Untuk rekod, Tan Sri Wan Mokhtar menjadi Menteri Besar Terengganu bermula tahun 1974 sehingga tahun 1999.

Pada tahun 2000 sehingga tahun 2005, beliau dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke ke Arab Saudi.

Semoga roh arwah ditempatkan bersama para solehin.

Al-Fatihah.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply