Bekas MB Johor, Datuk Osman Sapian meninggal dunia

0

Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian meninggal dunia jam 11.45 mlm ini, 21 Disember 2021.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya Nornekman di Damansara, Kuala Lumpur.

Pada 13 Oktober lalu, Allahyarham yang juga Adun Kempas ini dilaporkan telah dikejarkan ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan kerana diserang angin ahmar.

Kami di The Malaya Post mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin. Al Fatihah

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply