Bekas bintang WWE, Nikki Bella & Artem Chigvintsev bertunang

0

Tahniah kepada Nikki Bella dan Artem Chigvintsev!  Pasangan itu, yang telah bersama kurang setahun, bertunang pada bulan November, dan berkongsi berita gembira berkenaan di laman Instagram pada 3 Januari baru-baru ini.

Nikki Bella, 35, dan Artem Chigvintsev, 37, memulakan langkah untuk berkahwin!  Nikki berkongsi berita berkenaan ke laman Instagramnya pada 3 Jan dan mendedahkan bahawa pasangan itu bertunang dua bulan lalu iaitu pada bulan November!

Foto : Instagram Nikki Bella

“ Excited for 2020 and the next decade with you @theartemc,”

“I said yes in France in November! We have been trying to keep it a secret but really wanted to share our excitement for the New Year!”

Nikki juga berkongsi foto cincin yang merupakan berlian zamrud besar dan agak berbeza dari cincin pemberian John Cena kepada Nikki pada tahun 2017.

Leave a Reply