Bekas ahli kumpulan Kara, Goo Ha-Ra meninggal dunia

0

Sekali lagi industri hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan berita kematian salah seorang K-pop idol, Goo Ha-Ra.

Bekas ahli kumpulan idol wanita, Kara dipercayai berada dalam keadaan tidak bernafas ketika ditemui di kediamannya.

Menurut Polis Seoul Gangnam, penyanyi dan juga pelakon Hara disahkan meninggal dunia di rumahnya dikawasan kejiranan Cheongdam kira-kira jam 6:09 petang.

Seperti yang dilaporkan, punca kematian masih belum dikenalpasti dan pihak polis sedang membuat penyiasatan terperinci.

Sebelum ini, bintang drama City Hunter ini dikatakan pernah cuba membunuh diri dan ditemui tidak sedarkan diri di kediaman persendiriannya pada Mei lalu.

Leave a Reply