Beijing mohon paten vaksin 3 bulan sebelum pandemik

0

Di Beijing seorang saintis tentera China dilaporkan  memohon paten untuk vaksin COVID-19 sebelum wabak itu ditakrifkan sebagai pandemik global.

Menurut laporan sebuah akhbar Australia, Yusen Zhou, yang berkhidmat dalam Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA), mengemukakan dokumen itu bagi pihak Parti Komunis China pada 24 Februari 2020.

Tarikh terbabit adalah lima minggu selepas China buat pertama kali mengesahkan penularan coronavirus itu terhadap manusia, lapor akhbar Daily Mail.

Zhou juga dikatakan bekerjasama rapat dengan saintis di Institut Virologi Wuhan (WIV), termasuk penyelidik, Shi Zhengli, yang terkenal kerana kajiannya mengenai kaitan coronavirus dan kelawar.

Hubungan rapat mereka mengukuhkan spekulasi bahawa virus COVID-19 bocor dari makmal WIV dan China sedar mengenai penyebarannya dalam kalangan manusia sebelum memberi amaran kepada masyarakat antarabangsa.

Tiga bulan selepas permohonan paten itu, Zhou ditemui mati dalam keadaan yang mencurigakan.

Akhbar The New York Post mendakwa bahawa kematiannya hanya dilaporkan oleh satu media di China walaupun beliau adalah antara saintis terkemuka di negara komunis itu.

Sepanjang kerjayanya, Zhou pernah menjalankan penyelidikan yang mempunyai kaitan dengan institusi AS termasuk Universiti Minnesota dan Pusat Darah New York, lapor akhbar itu.

Sejak beberapa minggu lalu, ramai saintis terkemuka dunia berusaha untuk mengesahkan sama ada benar virus itu bocor dari makmal WIV terutama selepas pendedahan risikan AS mengenai isu itu.

Teori kebocoran makmal pada mulanya ditolak media dan masyarakat akademik, namun mendapat perhatian selepas Presiden AS, Joe Biden, mengarahkan agensi perisikan menyiasat sama ada COVID-19 adalah virus buatan manusia.

Minggu lalu, berpuluh makmal kebangsaan yang dikendalikan Jabatan Tenaga AS diarah untuk membantu pasukan perisik sepanjang jangka masa siasatan itu selama 90 hari.

Makmal kebangsaan AS turut diarah bekerjasama kerana kemampuannya untuk mengumpulkan sejumlah besar data menggunakan komputer berteknologi canggih yang dimiliki pusat berkenaan.

“Kami mahu sains menjadi sebahagian besar daripada siasatan ini.

“Kami akan menggunakan sepenuhnya semua sumber kecerdasan dan masyarakat saintifik yang ada di AS untuk mencari punca sebenar kewujudan COVID-19,” tegas seorang pegawai White House.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply