Wednesday, April 17, 2024
Home BERITA Bedah siasat ke atas mayat saksi kes pembinaan terowong dasar laut dilakukan...

Bedah siasat ke atas mayat saksi kes pembinaan terowong dasar laut dilakukan hari ini

0
Gambar hiasan

Bedah siasat terhadap mayat lelaki berusia 53 tahun dipercayai terjatuh dari tingkat 16 unit kondominium di Pulau Tikus di semalam, dijangka dilakukan pada jam 2.30 petang ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong.

“Bedah siasat dijangka akan dibuat pada jam 2.30 petang ini, sekiranya tiada sebarang perubahan (waktu),” katanya, hari ini.

Semalam, mayat lelaki berusia 53 tahun yang juga ahli perniagaan sebuah syarikat pemaju hartanah itu ditemui berhampiran kolam renang dalam keadaan cedera parah.

Mangsa turut dikenal pasti sebagai saksi pendakwaan utama kes projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang serta pernah memberi keterangan di mahkamah sebelum ini.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply