Beberapa negara terjejas kuatkuasa semula perintah berkurung

0

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu perkongsian memaklumkan bahawa kes COVID-19 di beberapa negara luar semakin meningkat dan telah menguatkuasa semula perintah ‘lockdown’.

Ini berhubung dengan kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat antaranya Amerika Syarikat, Brazil dan India yang merekodkan pertambahan kes paling tinggi.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Amerika Syarikat merekodkan pertambahan lebih 53,000 kes dalam tempoh 24 jam, Brazil lebih 48,000 kes dan India lebih 22,000 kes.

#COVID19: Kes makin meningkat, beberapa tempat kuatkuasakan semula 'lockdown' Kes jangkitan #COVID19 di seluruh dunia…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, 4 July 2020

Di negara-negara Eropah pula lebih 19,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam manakala di Australia dan Sepanyol, beberapa negeri dan wilayah dilaporkan terpaksa menguatkuasakan semula perintah berkurung dan kawalan pergerakan apabila kes jangkitan baharu kembali meningkat.

Di Wilayah Lleida, Sepanyol, lebih 200,000 dikenakan perintah berkurung selepas kes baharu meningkat melebihi 3,700 dikatakan berpunca daripada pekerja ladang di kawasan pedalaman malah negara berkenaan antara negara yang terjejas di benua Eropah iaitu dengan kes melebihi 200,000 dengan lebih 28,000 kematian.

Di Australia, kerajaan negeri Victoria telah menguatkuasakan semula perintah kawalan pergerakan bermula Khamis lalu dan mengarahkan penduduk di beberapa bandar utama supaya duduk di rumah, ekoran peningkatan semula kes dan oleh yang demikian, penerbangan antarabangsa ke Melbourne telah dilencongkan ke bandar lain selama dua minggu bagi mengurangkan kemasukan pengembara yang perlu dikuarantin.

Susulan itu, kerajaan persekutuan hanya membenarkan 450 pelawat mendarat setiap hari di Lapangan Terbang Sydney bagi mengawal jumlah pelawat yang perlu dikuarantin dan setiap pesawat yang tiba hanya dibenarkan membawa maksimum 50 penumpang sahaja.

Begitu juga di Jerman apabila daerah Guetersloh kuatkuasakan semula perintah berkurung susulan kes kembali meningkat.

Dengan peningkatan kes di seluruh dunia, rakyat Malaysia disarankan tidak alpa meskipun kini jumlah kes semakin berkurangan.

Langkah berjaga-jaga masih perlu diamalkan ya!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply