Beberapa menteri hadir ke perjumpaan di kediaman PM malam ini

0

Jika petang tadi, tular mesej pertemuan Tan Sri Muhyiddin dengan ketua parti Perikatan Nasional, PN petang tadi.

Foto Ihsan Berita Harian

Malam ini, berlangsung pula lebih dua jam perjumpaan beberapa menteri dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Bukit Damansara.

Foto Ihsan Berita Harian

Lapor beberapa media, beberapa kenderaan termasuk yang dipercayai membawa Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilihat mula beredar dari kediaman Perdana Menteri pada jam 11.40 malam.

Terdahulu, sebuah kenderaan dipercayai membawa Datuk Seri Hishammuddin masuk ke kawasan kediaman Tan Sri Muhyiddin pada jam 9.26 malam.

Beberapa kenderaan termasuk dua dengan nombor pendaftaran ‘menteri’ diiringi kereta dan motosikal polis turut tiba di sekitar kediaman Perdana Menteri secara berperingkat bermula jam 9.20 malam. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.syabu dianggarkan 11.90 gram.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply