BCL kongsi kejayaan lagu Menghapus Jejakmu

0

Penyanyi dan pelakon tersohor dari negara seberang Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) melebarkan kerjaya seninya sebagai penerbit bersama rakan artis, penyanyi Ariel Noah menerusi lagu Menghapus Jejakmu sekaligus mendominasi sebagai Karya Produksi Kolaborasi Terbaik Ami Awards 2020.

Berita terbaharu itu dikongsinya menerusi laman media sosial Instagram @bclsinclair.

 

 

Sudah pasti perkembangan ini menggembirakan para peminat setia dan keluarga BCL yang melihat figura kesayangan ramai ini terus cekal dan ‘move on’ semenjak kehilangan suami tercinta, pelakon dan pengacara Allahyarham Ashraf Sinclair beberapa bulan lalu.

Namun, beberapa komen yang diterima menunjukkan pelbagai reaksi ramai. Bukan kerana tidak yakin akan kemampuan artis jelita terbabit, namun ada yang kurang senang akan gandingan dan usahasama erat bersama Aril Noah ini.

Malahan ada juga yang mendoakan agar pasangan sahabat ini ke fasa hubungan lebih serius, namun pihak lain pula berpendapat mereka tidak serasi bersama. Hmmm.. Macam-macam netizen ni.

Apa-apa pun, semoga BCL terus sukses dalam kerjaya seni dan perniagaan yang diusahakannya disamping anak tersayang, Noah serta keluarga tercinta.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply