BCL abadikan kenangan ‘12 Tahun Terindah’ bersama arwah Asyraf Sinclair

0

Nyata kenangan bersama pasangan akan kekal tersimpan rapi dalam lipatan sejarah hidup seseorang.

Walaupun pasangan telah kembali ke pangkuan Ilahi, kasih sayang tetap bersemi dan menjadi bekalan kekuatan jiwa hingga ke akhir hayat.

Begitu juga buat penyanyi dan pelakon tersohor Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL.

BCL yang kehilangan cinta sejatinya, Allahyarham Asyraf Sinclair beberapa bulan lalu, hari ini mengabadikan kenangan indah bersama menerusi sebuah klip video di platform Youtube berjudul ‘12 Tahun Terindah’.

Menghayati lirik puitis lagu terbarunya, BCL merakamkan penghargaan dan bersyukur kerana diberi kesempatan menikmati kasih sayang seorang lelaki bergelar suami selama 12 tahun.

Pasti ia akan menjadi kekuatan dan senjata buat ibu kepada seorang cahaya mata ini.

Semoga BCL tabah menghadapi dugaan demi anaknya dan masa depan mereka.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply