Berisiko diserang strok haba, bayi tidak sesuai pakai topeng muka

0

Bayi berusia dua tahun ke bawah TIDAK digalakkan memakai topeng muka.

Memetik perkongsian @Public Health Malaysia, pemakaian topeng muka ke atas bayi akan menyebabkan risiko strok haba dan ketidakselesaan bayi.

Pemakaian topeng muka yang lama juga membuatkan bayi sukar untuk bernafas dan akhirnya kelemasan dan turut meningkatkan beban paru paru bayi .

Kita juga tidak akan dapat mengesan jika bayi ini mengalami muntah dan tercekik akibat tertelan muntahnya.

Semasa tempoh pandemik ini adalah lebih baik untuk TIDAK membawa anak kecil ke tempat awam yang padat dan sesak.

Begitu juga nasihat buat anda yang tidak sihat dan bergejala, elakkan mencium dan ‘menggomol’ bayi ya.

Mencegah lebih baik dari mengubati.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Bayi berusia 2 tahun ke bawah TIDAK digalakkan untuk dipakaikan topeng muka kerana pemakaian topeng muka akan …

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Rabu, 27 Mei 2020

Leave a Reply