Bayaran BSH fasa ketiga bermula akhir Julai

0

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak (tidak termasuk kawasan pendalaman) akan menerima bayaran Fasa ketiga selewat-lewatnya penghujung Julai ini.

Pembayaran yang menelan kos RM3 billion melibatkan 5 juta penerima iaitu 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta merupakan individu bujang.

Sebagai tambahan, penerima kategori ini akan menerima RM120 bagi setiap anak berumur 18 tahun ke bawah (maksimum 4 orang anak).

Manakala pembayaran secara tunai bagi kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak pula akan dilakukan secara berperingkat antara 1 hingga 31 Julai nanti.

Pelaksanaan ini diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMSabah) dan Perbendaharaan Sarawak (PMSarawak).

Bantuan ini akan memanfaatkan kira-kira 53,325 penerima dan implikasi kewangan sebanyak RM28.7 juta.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Siaran Media YB Tengku Zafrul, Menteri Kewangan Berkenaan Laporan LAKSANA Ke-11 – Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) & Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Posted by Kementerian Kewangan Malaysia on Tuesday, 30 June 2020

Leave a Reply