Bawa penumpang ikut kapasiti kenderaan mulai esok

0

Mulai esok (27 Mei 2020), pemandu bagi kenderaan persendirian dikehendaki membawa penumpang mengikut kapasiti kenderaan masing-masing.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peraturan ini telah diwartakan oleh kerajaan yang dikawal selia di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Pemandu mestilah membawa penumpang tidak melebihi had kapasiti, sebagai contoh bagi kenderaan bersaiz kecil seperti Perodua Myvi dihadkan kepada empat orang sahaja.

“Manakala, bagi kereta jenis MPV sekurang-kurangnya boleh muat sehingga tujuh orang untuk satu kereta.

“Syarat lainnya, penumpang mestilah daripada keluarga terdekat atau orang yang tinggal serumah dengan pemandu,” ujar beliau dalam sidang media PKPB hari ini.

Sidang Media Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Senin, 25 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply