Bawa penumpang ikut kapasiti kenderaan khusus bagi individu lengkap dos

0

Mulai semalam, individu lengkap dua dos vaksin di negeri berada dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan membawa jumlah penumpang dalam kenderaan berdasarkan kapasiti tempat duduk.

Kemudahan ini antara kemudahan tambahan diberikan bagi memudahkan pergerakan individu yang lengkap vaksinasi.

Pun begitu, kebenaran pergerakan rentas daerah dan negeri dikhusus kepada pasangan jarak jauh, anak jarak jauh dan individu mendapat kebenaran Kementerian Kesihatan (KKM) dan polis.

“Hanya dua orang saja wakil isi rumah dibenarkan keluar untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet dan keperluan asas.

“Selain itu, maksimum tiga orang saja termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan, perubatan, ujian saringan, program vaksinasi, keselamatan dan kecemasan,” kata MKN dalam info grafik yang dikongsi di aplikasi Telegram, hari ini.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan kemudahan tambahan termasuk ‘dine-in’ (makan di restoran), aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan serta operasi pasar malam dan pasar minggu bagi individu yang lengkap vaksinasi.

Sementara itu, MKN menetapkan bilangan penumpang bagi perkhidmatan teksi dan e-hailing dihadkan kepada dua orang termasuk pemandu dengan penumpang mesti duduk di bahagian belakang.

Bagi kenderaan yang membawa barangan termasuk rantaian ekonomi serta industri, kapasitinya bergantung kepada lesen pendaftaran kenderaan. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply