Basuh baju sekali dengan duit, periksa dahulu poket baju atau seluar sebelum mencuci pakaian ya!

0

Musim perayaan begini memang paling dinantikan oleh kanak-kanak.

Mana taknya, inilah kesempatan terbaik buat mereka mengumpul duit raya.

Namun, ibu bapa perlu memastikan mereka menyimpan duit raya ditempat selamat bagi mengelak dari tercicir dan hilang dari simpanan.

Menerusi platform media sosial Instagram, perkongsian beberapa keping wang kertas yang dijumpai bersama pakaian yang sedang dicuci dalam mesin basuh menarik perhatian wargamaya.

Pelbagai komen nakal netizen mencuit hati apabila membacanya.

Tak pasti sama ada wang duit raya anak atau wang suami, yang pastinya kecuaian begini merugikan tuan punya badan.

Nasib baiklah duit tersebut tidak koyak atau rosak. Jika tidak, menangislah di bucu katil seorang diri 😭

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply