Baru sahaja dibuka, Saloma Bridge sudah kotor

0

Baru sahaja dibuka secara rasmi, namun kini Pintasan Saloma (Saloma Bridge) telah dicemari dengan sikap tidak bertanggungjawab pengguna.

Masalah berkenaan telah dikongsikan dari laman Twitter milik Cyberjaya Info.

Pemilik akaun berkenaan juga memuat naik dua foto yang memaparkan minuman yang tumpah dan straw dibuang di merata-rata.

“Jangan bawa minuman, bubble tea, Setabak di Pintasan Saloma ni. Orang ramai, jalan sikit je memang boleh berlanggar dengan orang lain. Sama-sama kita jaga kebersihan. ❤” tulis pemilik akaun berkenaan.

Perkara berkenaan mengundang rasa marah warga Twitter kerana sikap tidak bertanggungjawab individu yang mencemarkan kawasan terbabit.

Malah warganet turut mencadangkan supaya kamera cctv diletakkan di kawasan terbabit atau polis bantuan mahupun pengawal keselamatan untuk mengawasi dari berlakunya sebarang masalah atau perbuatan vandalisme.

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply