Baru pulang dari luar negara? Patuhi 14 hari kuarantin diri

0

Selaras dengan nasihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara, anda perlu mengasingkan diri daripada bergaul rapat dengan ahli keluarga yang tinggal serumah dalam tempoh 24 jam selama 14 hari.

Semasa tempoh itu, anda disarankan mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti amalan kebersihan diri yang baik, kerap mencuci tangan dan penjarakkan sosial sekurang-kurangnya satu meter dari orang lain.

Dalam pada itu, anda juga diminta untuk memantau diri sekiranya mengalami sebarang gejala seperti demam, batuk, selsema, sakit tekak atau sesak nafas.

Jika mengalami mana-mana gejala tersebut, segera membuat panggilan ke fasiliti kesihatan terdekat dan maklumkan status anda kepada petugas kesihatan.

Selaras dengan nasihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, jika pernah mempunyai sejarah perjalanan ke negara-negara…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 30 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply