Barista negara hasilkan Latte berwajah beruang dan ikan menjuarai World Latte Art Championship

0

Hasil kreatif tampil dengan idea melakar corak latte seekor beruang dan ikan di acara World Latte Art Championship (WLAC) telah menyumbang  kemenangan kepada barista negara, Irvine Quek Siew Lhek.

Pemuda berusia 21 tahun itu menjadi kebanggaan ramai apabila mengharumkan nama negara buat kali kedua di pertandingan anjuran World Coffee Events yang diadakan di Korea Selatan.

Pada minit terakhir kemenangan, Irvine berjaya mengumpul markah tertinggi berbanding pihak lawan dari Korea iaitu Kim Young Jin.

Menurut Irvine, langkah pertama bagi menyempurnakan setiap butiran corak yang dilakar memerlukan masa lebih kurang tiga bulan untuk menjadikan ia sebagai karya seni yang realistik.

Ujarnya lagi, dia mengakui sewaktu tempoh persediaan untuk pertandingan ini membuatkan dia mengalami tekanan dan berasa risau.

Namun, usaha keras berlatih telah membuahkan hasil yang lumayan apabila namanya dinobatkan sebagai juara.

Melengkapkan kejuaraan dua tahun berturut-turut di pertandingan World Latte Art Championship, Irvine juga pernah mencipta kejayaan di Brazil.

Leave a Reply