Barcelona, Real nyaris tersungkur

0

Real Madrid terpaksa menerima tentangan sengit ke atas Unionistas de Salamanca sebelum meraih kemenangan manakala Barcelona pula memerlukan dua gol lewat bagi menewaskan Ibiza.

Namun penghujungnya Unionistas harus akur dengan kekalahan 1-3 di tangan Real Madrid manakala Ibiza tewas 1-2 kepada Barcelona.

Selepas Pep Caballe memberikan gol pendahuluan buat pasukan tuan rumah di Can Misses, namun akhirnya Antoine Griezmann menjadi penyelamat buat Barcelona berhubung dengan Lionel Messi yang tidak disenaraikan dalam skuad bagi mengharungi perlawanan apabila meledak dua gol pada babak kedua termasuk gol kemenangan pada minit ke-94.

Menurut jurulatih Barcelona, Quine Setien, mereka menjadi lebih yakin selepas menjaringkan gol, meskipun rentak permainan agak perlahan dan membiarkan mereka mengawal bola dan itu membuatkan mereka berdepan kesukaran pada awalnya.

Ianya bukanlah satu perlawanan yang mudah buat mereka, ujar jurulatih itu lagi.

Skrip yang sama turut dialami Real Madrid yang melepaskan gol penyamaan Unionistasi pada babak kedua menerusi jaringan Alvaro Romero sebelum kembali mendahului lima minit kemudian hasil gol sendiri pasukan lawan menerusi Juan Gongora.–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply