Barangan lama imbau nostalgia silam

0

Jika anda dilahirkan dan membesar sekitar tahun 80 hingga 90-an, pasti akan sedar perubahan sehingga ke hari ini.

Kemajuan dan pembangunan negara pantas meninggalkan memori indah semasa zaman kanak-kanak.

Selain dari nostalgia bersama ahli keluarga yang telah pergi dahulu meninggalkan kita, pasti ada sesetengah perkara yang kekal terpahat di sanubari.

Menerusi perkongsian Facebook @Malaysiaku Dulu Dulu Official, laman media sosial ini memaparkan barangan dan kenangan lama berupa makanan, permainan, rumah kayu, pemandangan dan aktiviti masyarakat pada suatu ketika dulu yang pasti mengimbau zaman kanak-kanak.


Menerusi perkongsian pengikutnya, terselit 1001 kisah suka duka di sebalik gambar lama ini.

Teringat kenangan lucu, tidak kurang pasti ada yang menyentuh lubuk hati yang paling dalam apabila melihat foto ini.

Jika anda masih menyimpan barangan lama ini, hargailah dan jagalah dengan sebaiknya.

Buat mereka yang telah pergi selamanya, pasti kenangan indah bersama kekal di ingatan hingga ke akhir hayat.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply