Barang dapur tidak perlu dibasuh dengan sabun

0

Sebelum ini tular di laman media sosial berkenaan sikap paranoid sesetengah individu sehingga sanggup merendam barangan dapur yang baru dibeli dengan air sabun dek kerana tidak mahu dijangkiti virus COVID-19

Namun, di sebalik ingin terlalu mencegah jangkitan virus berbahaya ini, mudarat lain pula yang berlaku.

Tindakan merendam barangan keperluan yang dibeli dengan air sabun sangat merbahaya dan boleh menyebabkan keracunan makanan.

Berhubung dengan itu, pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan memuatnaik pesanan dan peringatan buat orang ramai di laman Facebook rasminya.

Antara pesanan yang diberikan adalah:

1- Virus COVID-19 tidak akan menjangkiti manusia melalui makanan

2- Risiko yang tinggi untuk berlaku pencemaran kimia jika menggunakan sabun pada makanan

3- Sisa sabun pada makanan boleh menyebabkan keracunan makanan

4- Cukup hanya bilas sayur atau buah dengan air yang mengalir sahaja

5- Basuh tangan dengan sabun selepas pulang dari membeli barang dapur dari pasaraya atau pasar segar.

6- Tangan lebih berpotensi untuk dihinggapi atau memiliki lebih banyak kuman berbanding barang dapur

Percaya atau tidak,dek kerana tidak mahu dijangkiti virus COVID-19 ada yang begitu paranoid sampai sanggup rendam…

Dikirim oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia pada Jumat, 03 April 2020

Maka jangan lupa untuk terus mengamalkan cara kebersihan dan cara hidup sihat sepertimana yang disarankan oleh pihak kesihatan.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply