Bapa tahan sebak terima hadiah telefon pintar keluaran Apple terbaru

0

Pastinya menjadi impian setiap kita semua untuk membalas budi dan segala jasa baik kedua ibu bapa yang banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak.

Demikian perkongsian Syafiq Hazane di laman Twitter miliknya apabila dia membuat kejutan kepada ibu dan bapanya.

Syafiq yang juga seorang Forex Trader, sering berkongsi tips perniagaan di laman Instagram pada mulanya membuat ‘prank’ kepada bapanya.

“I told my dad something important was left in the car. my dad is scared already🤣 and suprise him with an IPHONE 11 PRO!” tulis Syafiq.

Kelihatan bapanya bergegas mengikut Syafiq untuk melihat barang yang dikatakan ‘penting’ di dalam keretanya.

Setelah melihat hadiah yang diberikan itu, bapanya kelihatan terpinga-pinga akibat terkejut lantas bertanya ‘sape punya ni?’.

Jelas kelihatan riak muka bapanya yang menahan sebak setelah diberitahu telefon bimbit itu adalah miliknya.

Di ruangan komen, dia memuat naik entri dan memberitahu bahawa ibunya juga mendapat hadiah yang sama namun tidak dapat merakam video kerana ibunya pada ketika itu tidak memakai tudung ditambah ‘prank’ terhadap ibunya tidak menjadi kerana terlebih dahulu mengetahui kejutan berkenaan.

Tambah Syafiq lagi, tujuannya menghadiahkan hadiah adalah kerana ingin menggembirakan hati ibu dan bapanya, tambahan pula dia sering tiada di rumah kerana kesibukan kerja.

Perkongsian video berkenaan, mendapat respon positif dan memberi semangat kepada warga Twitter untuk turut membalas jasa ibu dan bapa masing masing.

Perkongsian tersebut kini telah meraih 215,000 jumlah tontonan, 7,238 diulang kicau dan lebih 15,000 tanda suka oleh pelayar Twitter setakat ini.

Leave a Reply