Bapa Remy Ishak meninggal dunia

0

Pelakon popular, Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak telah memuatnaik satu entri mengenai pemergian bapanya ke Rahmatullah.

Remy Ishak berkongsi berita sedih itu di laman Instagram miliknya awal pagi ini.

‘Ayah saya ISHAK BIN IDRIS menghembus nafas yang terakhir awal pagi tadi. Al fateha untuk ayah ????????????’, tulis Remy bersama dua keping foto bapanya.

Kami dari warga The Malaya Post mengucapkan salam takziah buat Remy dan keluarga. Semoga Allah SWT menempatkan rohnya bersama orang-orang beriman.

Leave a Reply