Bantuan untuk warga asing ditanggung kedutaan negara masing-masing

0

Kedua-dua Bangunan Selangor Mansion dan Selangor Malayan Mansion yang telah dikuatkuasakan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 7 April lalu rata-rata melibatkan hampir keseluruhannya adalah warga asing.

Kerajaan memaklumkan bahawa sepanjang tempoh PKPD ini dilaksanakan kesemua warga asing dalam negara akan dikendalikan di bawah kedutaan asing.

Susulan itu, Kementerian Luar Negeri memaklumkan kepada kedutaan atau pesuruhjaya negara asing supaya mengambil tanggungjawab ini bagi memastikan rakyat mereka mendapat bantuan sewajarnya.

Walau bagaimanpun, kerajaan juga turut menyediakan alternatif kepada mereka yang tinggal di kedua-dua premis itu dan boleh berurusan terus melalui Pusat Operasi PKPD yang diwujudkan di kawasan terbabit untuk sebarang bantuan.

PKP : WARGA ASING TANGGUNGJAWAB KEDUTAANSetiap kedutaan atau pejabat pesuruhjaya negara asing perlu bertanggungjawab…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Rabu, 08 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply