Bantah cadangan pembinaan SJKC, penduduk Bandar Kinrara minta sekolah kebangsaan dibina kerana masalah kepadatan murid

0

Di Selangor penduduk BK5B Bandar Kinrara membantah cadangan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) baharu di kawasan itu.

Lapor Sinar Harian pengerusi Persatuan Penduduk BK5B Bandar Kinrara, Mohamad Haron Mohamad Sidik berkata, pihaknya hanya mengetahui berkenaan cadangan tersebut selepas melihat papan cadangan projek dipasang kira-kira enam hari lalu.

Tambahnya penduduk menolak cadangan tersebut kerana sepatutnya kawasan itu dibangunkan Sekolah Kebangsaan (SK) yang menghadapi masalah kepadatan murid hingga memaksa ketiga-tiga sekolah melaksanakan sekolah dua sesi.

“SJKC di sini sudah ada empat buat, manakala SK hanya ada tiga. Jadi saya tak faham mengapa SJKC yang mahu dibangunkan sedangkan majoriti penduduk di kawasan ini dalam kalangan orang Melayu.

“Permohonan SK ini pernah dimohon kira-kira empat tahun lalu, tetapi tidak diberikan perhatian ketika itu mungkin kerana kerajaan tiada peruntukan menyebabkan tidak dilaksanakan sehingga kini,” katanya pada protes aman membantah pembinaan SJKC berhampiran BK5 Bukit Kinrara pada Ahad.

Kira-kira 30 penduduk hadir menyuarakan bantahan.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Armand Azha Abu Hanifah.

Mohamad Haron berkata, SK baharu perlu dibina segera dan dilihat lebih praktikal serta memanfaatkan semua kaum berbanding pembinaan SJKC.

Sementara itu, Armand Azha berkata, satu laporan polis akan dibuat oleh penduduk disusuli pihaknya untuk mendapatkan nasihat peguam bagi mencari penyelesaian terbaik berhubungan isu itu.

“Selain itu, kita minta pejabat Menteri Besar (MB) memberikan peluang kepada saya dan juga penduduk untuk berjumpa. Isu ini sudah di bawah pemerhatian MB dan Kementerian Pendidikan, semua perlu duduk berbincang.

“Kami tak menolak pembinaan sekolah cuma mahu kemudahan itu diberikan keutamaan kepada penduduk sekitar di sini yang majoriti adalah Melayu,” katanya.

Katanya, pihaknya dimaklumkan tapat pembinaan SJKC itu sebelumnya adalah tanah rizab SK yang telah ditukar milik.

“Kami nak tahun bagaimana statusnya boleh diubat ke SJKC, adakah telah mendapat kelulusan oleh kerajaan negeri.

“Jika masih nak luluskan juga pembinaan SJKC ini, kami minta MB dan kepimpinan SK juga bagi penduduk Bandar Kinrara yang memerlukan pendidikan sama,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply