BANJIR DI PANTAI TIMUR : Jalan Kenyir dan Aring, Gua Musang ditutup akibat kerosakan jalan

0

Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengeluarkan notis penutupan sementara Jalan Kenyir dan Aring, Gua Musang akibat kerosakan jalan.

Penutupan dijangka mengambil masa lebih dari satu bulan akibat kerosakkan jalan anggaran sejauh 3 KM kerana terdapat rekahan cerun dan jalan.

Jalan Kuala Jenderis ke Kenyir, Kuala Berang dan Aring, Gua Musang ditutup kepada semua kenderaan laluan berikutan berlaku mendapan tanah di laluan itu dari Kilometer (KM) 77 hingga KM80 bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pengguna jalan raya yang mahu ke Gua Musang dan Cameron Highlands dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif iaitu melalui Kuala Krai, Kelantan atau Kuala Terengganu-Kuala Lumpur-Ipoh, Perak.

“Sehubungan itu, papan tanda lalu lintas akan dipasang sepanjang laluan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk panduan pengguna jalan raya.

“Pengguna dinasihatkan mematuhi tanda arah dan papan tanda yang disediakan.

“Laluan terbabit akan dibuka pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak selepas proses baik pulih dilakukan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Leave a Reply