BANJIR DI PANTAI TIMUR : Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah akan pastikan bekalan makanan dan keperluan asas mangsa banjir mencukupi

0

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Terengganu akan memastikan bekalan secukupnya sampai kepada semua mangsa banjir tanpa mengira situasi dan masa.

Pegawai JKM Daerah, Norazmy Adenan berkata pihaknya akan melakukan yang terbaik supaya tidak timbul masalah kehabisan bekalan makanan atau keperluan semasa.

Foto : Urusetia Penerangan Darul Iman

“Kita akan berhubung dari semasa ke semasa dengan pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk dapatkan maklumat terkini jika berlaku pemindahan.

“Kerjasama MPKK sangat perlu bagi mastikan mangsa banjir mendapat keperluan asas serta bekalan makanan yang secukupnya,” ujarnya.

Unit Berita Urusetia Penerangan Darul Iman melaporkan,  pihak JKM Daerah telah membuat penghantaran bekalan ke Kampung Peneh dan Kampung Lubuk Periuk.

Tambah Norazmy, dengan kekuatan jentera seramai 28 orang, pihaknya akan memastikan 99 Pusat Pemindahan Sementara (PPS), 50 Pengkalan Hadapan dan empat mini depoh yang terdapat di Hulu Terengganu sentiasa mempunyai bekalan yang secukupnya.

Dalam perkembangan semasa,  menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lebih banyak PPS dibuka sehingga jam lapan pagi ini menjadikan jumlah keseluruhan pusat pemindahan banjir (PPS) sebanyak 33 buah melibatkan 564 keluarga dengan 1,751 mangsa.

Leave a Reply