BANJIR DI PANTAI TIMUR : Banjir di Hulu Terengganu di luar jangkaan, jumlah di Pusat Pemindahan Sementara terus meningkat

0

Seramai 60 anggota menyelamat telah digerakkan dalam operasi menyelamat penduduk di Kampung (kg) Lubuk Periuk dan Kg Peneh yang tidak sempat berpindah ke pusat perpindahan sementara (PPS) setelah kampung mereka dilanda banjir diluar jangkaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata pasukan petugas operasi bencana banjir Hulu Terengganu telah digerakkan kedua lokasi yang dinaiki air mendadak akibat hujan lebat hari ini.

“Kawasan terlibat adalah Kampung Lubuk Periuk dan Kampung Peneh yang dinaiki air dan penduduknya tidak sempat untuk berpindah.

“Pemindahan penduduk telah dibantu oleh pasukan petugas secara bersepadu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) , BOMBA , Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan turut mendapat bantuan dari Pasukan FRU Wakaf Tapai,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Photo: Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI)

Sehingga enam petang, sebanyak l4 PPS telah dibuka melibatkan hampir 400 mangsa setelah kediaman mereka dinaiki air.

Terbaharu, dilaporkan PPS terus meningkat sebanyak 15, melibatkan 136 keluarga dengan jumlah mangsa seramai 510 sehingga jam 8 malam tadi.

Laporan terkini banjir di pantai timur akan menyusul.

Leave a Reply