Bangkit dari kegagalan, perkongsian pemuda menjadi penterjemah kumpulan K-Pop Blackpink dan bina kerjaya di Korea Selatan memberi inspirasi kepada warga Twitter

0

Gagal dalam peperiksaan SPM bukan bererti gagal selamanya.

Malah kegagalan itulah yang mengubah hidup seorang pemuda bernama Shah Azham dalam memburu kejayaan.

Perkongsian kisah kerjayanya sebagai penterjemah bahasa untuk kumpulan K-Pop tersohor dunia, telah memberikan inspirasi buat anak muda di luar sana.

Menurut Shah, sewaktu fasa persekolahan dia bukanlah seorang pelajar yang digelar ‘ulat buku’.

Oleh kerana itu, keputusan peperiksaan SPM yang diperolehinya agak mengecewakan.

Selepas tamat persekolahan, minat yang mendalam dalam bidang multimedia telah mendorongnya untuk membuka sebuah syarikat berkaitan rekaan grafik.

Pada dua tahun pertama operasi perniagaannya tidak memberikan keuntungan yang memberangsangkan.

Malah dia pernah mendapat keuntungan hanya sebanyak RM24 sebulan.

Fenomena kumpulan dari Korea Selatan yang cukup dikenali dunia termasuklah anak-anak muda di Malaysia telah memberikan satu idea buat pemuda berusia 24 tahun ini untuk cuba mempelajari Bahasa Korea.

Kemahiran bertutur dalam Bahasa Korea hanya dipelajari melalui buku dan internet.

Nak dijadikan rezeki, selepas beberapa bulan melalui pertolongan seseorang, Shah diberikan kepercayaan mereka mencipta satu ‘design’ untuk sebuah NGO dari negara Korea Selatan.

Bermula titik tolak itu, Shah telah membuat keputusan untuk berpindah ke Korea Selatan bagi mengembangkan lagi kemahiran dan kerjayanya.

Sewaktu di Korea, Shah memulakan kerjayanya dengan bekerjasama dengan sebuah syarikat penyiaran dari Malaysia yang membuat penggambaran program di sana.

Bagi menampung kehidupannya, Shah turut mengambil upah sebagai ‘tourist guide’ bagi warga Malaysia yang datang bercuti serta membantu kerja-kerja penerbitan muzik video di Seoul.

Seakan sudah tercatit rezekinya, pada suatu hari seorang rakan dari Korea yang menetap di Malaysia telah memaklumkan kepadanya bahawa penganjur acara bagi konsert K-Pop sedang mencari seorang penterjemah bahasa dan konsert akan diadakan di Malaysia.

Pada permulaannya, Shah menjadi penterjemah bahasa untuk kumpulan K-Pop Ikon dan Winner.

Bekerjasama dengan dua kumpulan ini merupakan saat paling mencabar bagi dirinya.

Namun, peluangnya tidak terhenti di situ.

Dia turut diberikan tugas yang sama untuk konsert kumpulan wanita popular dunia iaitu Blackpink.

Konsert yang berlangsung selama dua hari dan dihadiri seramai 14,000 peminat itu merupakan konsert yang paling hebat dan menggembirakannya.

Bercerita dan berkongsi sebahagian kisah hidupnya, memberi inspirasi kepada warga Twitter yang mengagumi kejayaan anak muda ini.

“Tah laa tapi citer ko ni buat aku bersemangat untuk terus berjaya & tidak menyesal dgn kegagalan yg dulu”

“YOU WENT FROM ZERO TO HERO !! You should be proud of your success because your hard work & determination brings what you are today! And what’s more and a KPOP fans to be a interpreter is like a dream job”

“Although i never into kpop and stuff, this is very inspirational and impressive! you managed to find such opportunities and grows. keep it up Shah 👍”

Kurang menyerlah dalam bidang pelajaran bukan bererti musnah segala harapan dan cita-cita.

Masih banyak peluang untuk kita membina kejayaan demi masa depan.

Jgn mudah berputus asa!

Ayuh, bangkit dari kegagalan silam dan berusaha sehingga berjaya.

Ia bergantung kepada pilihan dan kehendak kita sendiri.

Tepuk dada, tanya selera.

Leave a Reply