Bandar Wuhan berkepadatan 11 juta penduduk, kini seperti bandar sepi yang ditinggalkan

0

Wuhan ialah bandar yang terletak di provinsi Hubei dan merupakan bandar raya terbesar di China Tengah serta ibu kota provinsi Hubei.

Sungai Yangtze dan Sungai Han mengalir ke dalam bandar, dan terdapat tiga daerah di Wuhan: Wuchang, Hankou, dan Hanyang. Kawasan air sungai merupakan satu perempat daripada keluasan bandar Wuhan ini yang mempunyai kira-kira 11 juta penduduk.

Nama Wuhan mula menjadi sebutan di seluruh pelusuk dunia apabila virus misteri yang dikenali sebagai Novel Coronavirus (nCov-2019) dikesan pada pertengahan Disember 2019 di bandar ini yang berada di tengah China, dengan kelompok rakyat tempatan yang melalui penderitaan radang paru-paru tanpa sebab yang jelas.

Penyakit ini mula dihidapi oleh seorang pekerja yang bekerja di Pasar Makanan Laut Huanan, yang juga menjual haiwan-haiwan hidup.

Para saintis China kemudiannya mengasingkan keluarga coronavirus baru ini dan memberi pertunjuk awal nCov-2019 memiliki sekurang-kurangnya 70 peratus keserupaan dalam susunan genom kepada SARS-CoV perkembangan ujian PCR diagnostik tertentu untuk mengesan jangkitan, beberapa kes telah disahkan pada orang yang secara langsung dikaitkan dengan pasar Huanan dan mereka yang tidak berkaitan secara langsung dengannya.

Bandar yang tercetusnya wabak koronavirus berubah wajah umpama bandar mati selepas kerajaan China mengeluarkan arahan kuarantin bagi membendung penularan wabak itu.

Bandar berkenaan telah menjadi saksi kepada lebih 2,744 kes disahkan coronavirus, 80 kematian manakala 51 lagi orang dibenarkan keluar hospital buat setakat ini.

Selepas tiga hari penularan virus baru itu, bandar Wuhan yang dahulunya dipenuhi dengan kenderaan dan kesibukan di pusat membeli belah, kini seolah-olah menjadi bandar yang sudah lama ditinggalkan kini berubah menjadi sunyi sepi.

Segala barang keperluan di kedai runcit habis dijual sehingga kebanyakan rak di kedai-kedai telah kehabisan stok.

Bagaimanapun, terdapat sebuah pejabat pos yang dirakamkan oleh lim masih beroperasi oleh kerana terpaksa menghantar barangan keperluan hospital.

Menurut seorang pekerja pejabat pos yang masih bertugas selepas tiga hari perintah dikeluarkan, pihaknya masih perlu meneruskan tanggungjawab kerana pihak hospital memerlukan perkhidmatan penghantaran.

“Kami akan menghentikan perkhidmatan bermula esok. Kami beroperasi hari ini kerana kami perlu menghantar kelengkapan bantuan ke hospital,

“Jadi, kami sekarang sedang menunggu sehingga barang-barang ini dihantar keluar,” katanya sewaktu ditemu bual oleh Lim.

Setakat ini, terdapat lebih daripada 2000 kes yang disahkan positif koronavirus skeali gus memberi kebimbangan kepada orang ramai untuk keluar membeli topeng muka dan alat perlindungan lain.

Terkini, dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu (28 Januari) Suruhanjaya Kesihatan Negara China merekodkan 1,771 kes baharu yang disahkan dengan 26 kematian – 24 di wilayah Hubei dan masing-masing satu di Beijing dan di wilayah Hainan, manakala sembilan orang dibenarkan keluar hospital.

Kes jangkitan turut disahkan berlaku di wilayah pentadbiran khas China di Hong Kong, Macau dan Taiwan, masing-masing sebanyak lapan, tujuh dan lima kes.

Di samping itu sebanyak 6,973 kes disyaki dan 44,132 orang lagi berada di bawah pemantauan setakat hari ini.

Wuhan yang merupakan bandar ke-42 terbesar di dunia dan ketujuh terbesar di China, telah menghentikan segala sistem operasi pengangkutan awam termasuk kereta persendirian pada Ahad.

Dalam pada itu, sebuah hospital khas yang menempatkan 1,000 kelengkapan katil yang mula dibina pada Jumaat lalu dilaporkan siap pada awal Februari.

Antara kerajaan di dunia yang telah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk Malaysia, Taiwan, Macau, Hong Kong, Thailand, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Vietnam, Singapura, Nepal, Perancis , Australia dan terkini di Jerman (buat masa artikel ini ditulis).

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply