Bakal keluarkan produk terbaharu, Zoey Rahman ligat berniaga

0

Siapa sahaja tidak mengenali pelakon dan pengacara Zoey Rahman yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pada 3 Januari lalu.

Selain berlakon dan mengacara, kini Zoey juga melebarkan sayap dalam dunia perniagaan.

https://instagram.com/zoeyrahman?igshid=gp44s7h1oq39

Menurut Zoey, dia semakin selesa berbahagi masa antara kerjaya lakonan, pengacaraan dan perniagaan yang diusahakan dibawah jenama Mikaseries dan bakal melancarkan produk di bawah jenama berkenaan penghujung Mac ini.

Meskipun telah berjinak dalam dunia perniagaan sejak 4 tahun lalu, kini Zoey lebih yakin utk berkongsi produk-produk di bawah jenama Mikaseries .

Setelah pengeluaran Mika Black Mask dan Mika Lipmatte mendapat sambutan luar biasa, kini Zoey melancarkan pula Compact Powder Mika Glo dan Foundation yang diberi nama Mikadation yang turut digunakan sendiri olehnya ketika penggambaran.

Jangan tak tahu, selain mengeluarkan produk kecantikan Zoey juga mengeluarkan pakaian dibawah label Mikawear!

https://instagram.com/mikawear?igshid=1o6q92sn408ec

Bercakap soal kerjaya seni, Zoey baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama Di Hujung Ranting untuk slot siaran RTM pada bulan Ramadhan ini selain beberapa telemovie.

Zoey juga akan mula ke set penggambaran program dekorasi bertajuk Lensa Deko yang dijadualkan pada minggu hadapan.

Nampaknya dalam diam-diam sahaja usahawan muda ini sedang sibuk ya!

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply