Bahaya ‘microsleep’ ketika memandu

0

Microsleep keadaan dimana seseorang individu terlelap seketika untuk tempoh satu hingga 30 saat tanpa disedari.

Perkara ini terjadi apabila badan letih atau kekurangan tidur dan ia akan menyebabkan otak ‘tertidur’ selama beberapa saat.

Microsleep boleh berlaku di dalam pelbagai keadaan dan situasi termasuklah ketika sedang memandu.

Microsleep yang terjadi terutamanya sewaktu memandu boleh membahayakan keselamatan diri serta mengundang kemalangan jalan raya.

Berhenti segera di tempat yang selamat jika anda mula merasai gejala-gejala microsleep seperti kelopak mata layu, tersengguk-sengguk, menguap berulang kali, mata terkebil-kebil, tersasar dari lorong, mengelamun dan pandangan menjadi kosong.

Untuk mencegah berlakunya tragedi yang tidak diingini, berehat seketika setiap dua jam perjalanan dan lakukan ‘power nap’ sekurang-kurangnya lima hingga 20 minit untuk kembalikan kecerdasan badan.

Jika anda sudah mula tersengguk sengguk dan menguap berulangkali, meningkatkan kelajuan TIDAK akan menyebabkan anda…

Posted by Public Health Malaysia on Wednesday, 10 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply