‘Bagaimana’ pertaruhan baharu Muna Shahirah

0

Kecewa. Itulah perasan pendatang baharu bidang seni suara, Muna Shahirah apabila lagu dendangannya berjudul ‘Teguh Setia’ gagal mara ke Anugerah Juara Lagu (AJL) tahun ini.

Muna Shahirah yang ditemui ketika sidang sidang media memperkenalkan single ‘Bagaimana’ duet bersama pendatang baharu Zack Zakwan turut mengakui telah berusaha sehabis baik menyampaikan lagu ciptaan Ibnu dan Gouffran di pentas separuh akhir Juala Lagu baru-baru ini, namun nasib tidak menyebelahi.

“Mungkin bagi sesetengah penyanyi, gagal melangkah ke Anugerah Juara Lagu adalah perkara biasa, tetapi bagi Muna pula sebaliknya”, katanya.

Pemegang ijazah Sains – Matematik (USM) ini berpendapat, pentas akhir AJL merupakan peluang baginya untuk menonjolkan diri serta bakatnya.

“Berada dipentas besar seperti AJL memang menjadi sasaran utama bagi meletakkan nama beliau setingkat lebih tinggi.

“Bukan tidak cermin diri atau menolak takdir, tetapi bagi saya peluang tidak selalunya datang kali kedua terutama pada pendatang baru seperti saya, memandangkan kini begitu ramai penyanyi baharu muncul setiap hari.

“Sebab itu saya paksa diri untuk buat sehabis baik sewaktu separuh akhir, dan bila keputusannya begitu saya rasa amat kecewa,” ujarnya.

Mungkin belum rezeki. Semoga Muna Shahirah tidak patah semangat dan terus berusaha untuk meletakkan diri dalam bidang seni nyanyian negara.

Kepada peminat Muna Shahirah, jangan lupa saksikan klip video single ‘Bagaimana’ yang akan dilancarkan pada ini, jam 8 malam di channel Youtube FMC Music.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply