Bagaimana nak pilih berus gigi? – Dr Jenizan Nordin

0

Secara amnya, pilihlah berus yang lembut (soft) dan saiz pemegang yang sesuai dengan tangan anda.

Menurut Pakar Pergigian di Klinik Ikhlas Cheras, Doktor Jenizan Nordin berus gigi berfungsi untuk membersihkan plak dan sisa makanan.

“Plak adalah lembut dan tidak perlu gosokan yang kuat. Kalau ia tidak hilang, ia sudah menjadi kalkulus. Ini juga akan mengelakkan gusi tercedera dan hakisan pada gigi”, tulisnya di facebook.

Jelas Doktor Jenizan, plak yang sudah keras itu dipanggil kalkulus dan hanya boleh dibuang oleh proses penskaleran.

Berus gigi elektrik juga boleh digunakan. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

Leave a Reply