Bagaimana Meghan Markle benar-benar menghabiskan waktu cuti dari tugas Diraja – ‘Mood kerja tetap penuh’

0

Meghan Markle menggunakan masa rehat daripada tugasan diraja dengan membina pasukan bersama rakan rapatnya atas perancangan menaikkan ‘puluhan juta’ untuk yayasan amal milik pasangan diraja ini.

Meghan Markle, Duchess of Sussex, dan Putera Harry kini sedang berehat dari tugasan diraja, tetapi Duchess mempunyai “misi” untuk mencuba dan membina strategi terhadap yayasan amal pasangan diraja itu.

Duchess bekerjasama dengan bekas ketua publisiti di Hollywood atas rancangan untuk menaikkan “puluhan juta dolar” untuk yayasan itu.

Dia dikatakan berada dalam “mood kerja penuh” di sebalik percutian bersama Harry.

DailyMailTv mendedahkan Duchess telah bekerjasama dengan penasihat dan perunding terkenal Hollywood yang juga merupakan rakan rapat iaitu Keleigh Thomas Morgan.

Mereka sedang berusaha membina strategi untuk Meghan dan usaha amal Harry bernama Sussex Royal, Yayasan D & D of Sussex.

Sumber di Los Angeles mendakwa, Thomas Morgan secara diam-diam membantu Meghan dalam pelancaran amal dan pengumpulan dana serta membantu merancang strategi untuk 18 bulan akan datang.

Keleigh Thomas merupakan rakan kongsi dan ketua di firma Sunshine Sachs dimana Meghan adalah pelanggan sebelum pertunangannya dengan Harry.

Thomas Morgan bekerjasama dengan Duchess secara peribadi, bukan melalui firma itu.

Walaupun dia mungkin membantu Meghan, difahamkan Duchess sangat “melakukan banyak perkara”.

Kerabat diraja menegaskan untuk mengekalkan kawalan kreatif sepenuhnya serta membuat semua keputusan eksekutif.

Putera Harry difahamkan telah memberikan isterinya sepenuh sokongannya.

Seorang sumber berkata kepada DailyMailTV: “Meghan secara rasmi berehat dari aktiviti diraja, tetapi percaya atau tidak, Meghan tetap bekerja”.

Leave a Reply