Back to school! Menteri Wilayah Persekutuan sumbang bantuan persekolahan

0

Hari yang sibuk buat Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa hari ini apabila beliau turun padang menyampaikan bantuan barangan persekolahan bagi meraikan kanak-kanak yang akan memulakan belajar secara berdepan di sekolah masing-masing.

Usai menghadiri majlis Penyampaian Sumbangan MyBeras di Balai Bomba Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur, beliau turut menyampaikan sumbangan Riang Ria Kembali ke Sekolah berlokasi di Programa Perumahan Rakyat (PPR) Seri Sarawak.

Menerusi platform media sosial Facebook peribadinya, turut dikongsikan rakaman beliau menyantuni kanak-kanak di PPR Seri Sarawak seterusnya menyerahkan sumbangan kelengkapan sekolah kepada kanak-kanak terbabit.

Dalam pada itu, beliau turut melakukan ‘walkabout’ di sekitar kawasan PPR berkenaan .


Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban ibu bapa yang terkesan ekoran pandemik COVID-19 dan menaikkan semangat anak-anak harapan negara ini untuk kembali ke sekolah.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply